Jumaat, 23 Mei 2014

Pencapaian Terkini...

Pencapaian Terkini...

Alhamdulillah…
Sebahagian ahli salah satu kumpulan ghazal Seri Berzaman iaitu Kumpulan Oriva telah mengorak langkah kehadapan ke arena muzik Tanahair iaitu pemain gambus, saudara Mohd. Zulhafis #Alonggambus dan pemain violin, saudara Faridz Roli. Mereka kini giat keluar menerusi siaran lansung atau tidak lansung di media-media tempatan seperti TV3, TV9, RTM, TV Al-Hijrah dan juga Astro.
Antara slot yang memaparkan aksi mereka di kaca televisyen secara individu adalah seperti saudara Zulhafis, sedang bermain gambus di slot Wanita Hari Ini TV3 manakala saudara Faridz pula di slot Assalamualaikum TV Al-Hijrah. Mereka berdua juga diberi peluang untuk muncul di slot Nasi Lemak Kopi O TV9 sempena promo Festival Gambus Antarabangsa 2013.
Selain daripada itu, salah satu kumpulan ghazal Seri Berzaman iaitu kumpulan Oriva turut diundang untuk sama-sama menyertai Konsert Senandung Temasek di Singapura.

Berikut dikongsikan bersama koleksi gambar-gambar mereka:
WHI abang perform di IPG
Saudara Zulhafis di slot Wanita Hari Ini, TV3
10338497_630691670341834_428518119577132463_o
Saudara Faridz di slot Assalamualaikum, TV Al-Hijrah
1469961_389343601202063_83826320_n
Persembahan promo sempena Festival Gambus Antarabangsa 2013 di slot Nasi Lemak Kopi O, TV9

Sedikit perkongsian tentang ghazal…..

Ghazal parti memainkan lagu-lagu Arab, nasyid, qasidah dan tausyeikh. kebanyakannya berentak masri, zafin dan samrah yang berasal dari Tanah Arab. Di Malaysia, ghazal parti ini kebanyakan dimainkan atau didendangkan di negeri perak, kedah, dan pulau pinang. Manakala, ghazal asli atau ghazal Melayu pula memainkan lagu-lagu Melayu yang kebanyakannya berentak asli, zapin, joget, samrah dan inang. Biasanya ghazal asli banyak dipengaruhi di negeri Melaka dan Johor.
Walau bagaimana pun, ghazal Melayu kini lebih bebas mendendangkan pelbagai jenis rentak muzik kerana pengaruh lagu-lagu terkini seperti lagu-lagu slow rock, balada dan jazz tapi dimainkan dalam versi ghazal. Situasi ini dikatakan sebagai persembahan lagu-lagu langgam iaini memainkan lagu-lagu terkini disamping memainkan lagu-lagu asli ghazal.

Contoh lagu asli ghazal yang sering atau biasa didendangkan oleh kumpulan ghazal iaitu Pak Ngah Balik, Pasir Roboh, Dia Datang, Seri Mersing, Mendung Petang, Penawar Rindu dan banyak lagi. Manakala contoh lagu-lagu yang biasa atau pendek kata bukan asal daripada lagu-lagu asli ghazal adalah seperti lagu-lagu rakyat, lagu-lagu nyanyian P. Ramlee, lagu-lagu nyanyian Dato’ M. Daud Kilau, Dato’ Siti Nurhaliza, Noraniza Idris, Wali Band, Hafiz, Tegar dan banyak lagi. Terdapat juga lagu-lagu dari luar negara seperti lagu Inggeris diantaranya adalah Perhaps, Sway, My Way dan banyak lagi. Apa yang penting adalah kefahaman tentang muzik, jenis acara dan juga kesesuaian mengikut peredaran masa dan tempat serta kehendak peminat atau pendengar lebih-lebih lagi tuan rumah yang telah menempah kumpulan ghazal. 
Namun, adalah lebih baik keaslian ghazal yang sebenar ditonjolkan agar keunikan dan keasliannya dapat diangkat dan dimartabatkan, kerana dikhuatiri generasi kini keliru dan lebih menyedihkan lagi tidak tahu serta tidak mengenali apa itu ghazal…